'Rakyat sudah tinggalkan nilai agama'

Iklan
Hussamuddin ketika merasmikan dan melancarkan MYACT 2021 secara maya pada Sabtu.

SHAH ALAM - Semua pihak perlu memastikan Malaysian Youth Anti-Corruption Task Force (MYACT) diterapkan dalam hati golongan belia dan memulakan momentum agenda tersebut secara besar-besaran.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, golongan belia perlu bangkit beramai-ramai untuk memasang semula (reinstalling) sistem nilai dalam diri, keluarga dan organisasi.

Iklan
Iklan

"Punca masalah kita ini adalah keruntuhan moral bangsa yang berada pada tahap yang teruk semua kaum dan agama. Maknanya kebanyakan orang-orang di Malaysia ini sudah meninggalkan nilai-nilai agama.

"Gerakan ini akan berjaya jika kita masukkan nilai-nilai agama tersebut dalam sistem kehidupan kita,” katanya ketika merasmikan dan melancarkan MYACT 2021 yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Iklan

Antara yang terlibat dalam sesi tersebut ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor; Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli serta Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha.

Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, program MYACT tidak hanya berhenti setakat proses tandatangan saja malah perlu dibawa ke tahap lebih serius iaitu diterjemahkan kepada pelan pelaksanaan.

Iklan

"Sepatutnya majlis ini kita tandatangani di dalam hati kita dengan niat betul-betul nak menghapuskan budaya rasuah melalui memasang semula nilai moral perwatakan dan bangsa.

"Kita kena bawa (agenda perangi rasuah) ini supaya ia menjadi menyeluruh (ground swell) supaya orang yang mengamalkan rasuah menjadi gerun kerana golongan belia sudah bangkit,” ujarnya.