'Nak pergi mana-mana pun teringat dia'

Iklan
Mohd. Mustafa (dua kanan) mewakili anaknya yang menerima penghargaan Wira Darul Iman sempena Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu 2019 (Hebat 2019) dan Pelancaran Program Kesukarelawan Terengganu (T-VOLT) di Stadium Negeri Terengganu, malam tadi.

KUALA TERENGGANU -"Masih terbayang seolah-olah dia ada... sampai pernah ketuk pintu bilik dia kejut sembahyang," luah bapa kepada Abdul Bari Asyraf Mohd., wira yang terkorban ketika menyelamat di Pulau Warisan, dua minggu lalu.

Mohd. Mustafa, 66, berkata, ingatan terhadap anaknya itu sukar dilupakan walaupun berada bukan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Tak pergi ke sungai pun, saya teringat ke dia, gi (pergi) mana-mana pun saya memang teringat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Harap lebih ramai Abdul Bari akan 'lahir'

Anugerah ‘Wira Darul Iman’ untuk hero Pulau Warisan

Iklan

"Saya terbayang macam dia masih ada sampai lupa pernah ketuk pintu bilik dia ajak solat subuh bersama," katanya ketika ditemui pada majlis penghargaan enam Wira Darul Iman, di Stadium Negeri Terengganu, malam tadi.

Anugerah itu disampaikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Mohd. sempena Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu 2019 (Hebat 2019) dan Pelancaran Program Kesukarelawan Terengganu (T-VOLT) di Stadium Negeri Terengganu, malam tadi.

Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. menerima wang tunai dan khairat kematian berjumlah RM10,000.

Sementara lima lagi penyelamat, Muhammad Asadullah Jamaludin, 37;Saiful Anwar Mohd, 37; Mohd Amirol Hafizol Zulkafli,29; Omar Abdul Aziz Othman,27 dan Shahrul Mizan Harun, 33 menerima sijil penghargaan serta wang tunai RM3,000.

Dalam kejadian 8 Februari lalu, seorang pemancing lemas ketika berusaha menyelamatkan lima sekeluarga dalam pacuan empat roda yang terjunam ke sungai Terengganu.

Selepas pencarian lebih 24 jam, mayat Allahyarham Abdul Bari Asyraf ditemui kira-kira jam 7.23 pagi pada jarak 2.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.