PLUS tutup dua lorong bagi kerja pengalihan

Iklan
Kenyataan akhbar oleh PLUS pada Sabtu.

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup dua lorong di laluan menghala ke Damansara yang terlibat dengan insiden runtuhan perancah besi di Persimpangan Bertingkat Kota Damansara pada petang tadi.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, PLUS berkata, laluan yang ditutup ialah lorong kanan dan tengah laluan dari Kilometer(KM)19.8 – KM 19.2 arah utara dan KM 19.8 – KM19.2 arah selatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penutupan tersebut dilakukan bagi memudahkan kerja pengalihan runtuhan di tapak pembinaan yang terbabit.

"PLUS ingin menasihatkan semua pelanggan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di lokasi tersebut,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Pada Sabtu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan mengenai kejadian runtuhan perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara pada jam 7.14 petang tadi.

Norazam memaklumkan, dua warga Bangladesh yang sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan tersebut.

Iklan

Sementara itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) pada Sabtu turut telah mengeluarkan arahan pemberhentian serta-merta kerja di tapak pembinaan yang terletak berdekatan Kota Damansara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancah besi lebuh raya runtuh, dua cedera

Perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada petang Sabtu.