Kemenangan Jerman hidupkan peluang semua pasukan

Iklan
Pemain Jerman meraikan gol ketika berdepan Portugal pada aksi Kumpulan F, Euro 2020 di Allianz Arena, awal pagi Ahad. -Foto EPA

PELUANG kesemua pasukan dalam Kumpulan F, Euro 2020 untuk mara ke pusingan kalah mati kembali terbuka setelah Jerman mencatatkan kemenangan 4-2 ketika berdepan Portugal di Allianz Arena, pada awal pagi Ahad.

Perlawanan berkenaan menyaksikan Portugal membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi kapten, Cristiano Ronaldo yang mudah menolak masuk bola lorongan daripada rakan sepasukan, Diogo Jota.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Jerman dilihat bangkit mengasak ke gawang Portugal dan usaha mereka berhasil apabila dua pertahanan Portugal Ruben Dias dam Raphael Guerreiro tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35 dan minit ke-39.

Jerman semakin melebarkan penguasaan pada babak kedua dengan menyaksikan Kai Harvertz menjaringkan gol ketiga pada minit ke-51 sebelum Robin Gosens menjaringkan gol keempat yang juga gol kemenangan skuad Die Mannschaft itu pada minit ke-60.

Iklan
Iklan

Keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan kesemua pasukan perlu menunggu sehingga ke perlawanan terakhir bagi menentukan kemaraan ke pusingan kalah mati kali ini.