Perjuangan PKR nak ubah sistem pentadbiran korup: Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Malaysia memerlukan perubahan yang sistemik dalam pentadbiran dan kepimpinan negara supaya dapat menghindar sebarang bentuk rasuah serta salah guna kuasa oleh golongan tertentu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan itu tidak akan berlaku dengan sekadar laungan slogan semata-mata tetapi ia perlu diterjemah melalui tindakan.

Iklan
Iklan

"Kalau orang tanya Anwar, Keadilan (PKR) kenapa susah sangat hendak ambil alih pentadbiran negara ini sedangkan 10 tahun berjuang tetapi tidak dapat ambil alih.

"Saya sebut perkara ini saudara, perjuangan ini hendak merubah sistem pentadbiran negara yang korupsi dan sistemik keangkuhan kuasa walaupun pemimpin silih berganti.

Iklan

"Itu (bertukar pemimpin) tidak mencerminkan hasrat untuk membawa perubahan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR sempena Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, semua kepimpinan dan ahli parti harus kembali menggilap idealisme untuk mempertahankan prinsip menolak rasuah dan keangkuhan demi kuasa.

Iklan

"Perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata, perjuangan itu bukan imbauan dan curah kata-kata tetapi melaksanakan kata-kata," katanya.