KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan memperkasakan program suntikan vaksin secara pandu lalu bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin sekali gus membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.
Pengarah Hospital Pengajar UniSZA, Dr Nik Ahmad Shaifuddin Nik Him yakin program dirancang dapat dijayakan dengan kekuatan kakitangan dan bekalan vaksin yang mencukupi.