JOHOR BAHRU - Rangkaian komunikasi beberapa syarikat yang terjejas akibat insiden kebakaran menara komunikasi di Ladang Sibol B, Kota Tinggi pada 15 Jun lepas pulih sepenuhnya dua hari lebih awal daripada jadual.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja membaik pulih menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Maxis yang dikongsi bersama Celcom itu, berjaya disiapkan awal demi kepentingan pengguna.