Kes Covid-19 masih tak turun, apakah PKP akan diteruskan?

Iklan

RAMAI yang tertanya-tanya, apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berakhir pada 28 Jun ini akan dilanjutkan lagi?

Jawapan berdasarkan logik ialah mungkin sambung lagi. Ia berdasarkan jumlah kes harian Covid-19 masih tidak mencatatkan angka penurunan ketara.

Iklan
Iklan

Kerajaan hanya akan menilai semula pelaksanaan PKP 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 negara ini mencapai angka bawah 4,000 kes.

Namun kes harian dilaporkan masih tinggi dengan empat angka. Semalam sebanyak 5,293 kes dicatatkan. Pada Sabtu, sebanyak 5,911 kes dilaporkan, manakala pada Jumaat pula sebanyak 6, 440 kes.

Iklan

Mengapa angka Covid-19 masih tinggi sedangkan PKP 3.0 telah dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat? Apakah PKP kali ini juga gagal seperti mana PKP 2.0?

Ada yang beranggapan PKP kali ini membazir sebab masih gagal mengawal penularan wabak Covid-19.

Iklan

"Kalau begini keadaannya, baik tak perlu PKP,” kata seorang rakan Merak Jalanan yang rambutnya semakin mengerbang kerana kedai gunting rambut tidak boleh beroperasi.

Tapi, kalau tak ada PKP pun tak boleh juga. Kes boleh meningkat kepada lima angka. Ada kemungkinan 10,000 hingga 20,000 kes sehari.

Penularan Covid-19 sudah ke peringkat sporadik yang mana punca jangkitan tidak diketahui. Masih ramai rakyat Malaysia yang belum menerima vaksin.

Jumlah yang sudah divaksin setakat Sabtu ialah seramai 5,510,720 orang.

Persoalannya, jika PKP 3.0 juga masih gagal menurunkan angka kes Covid-19, apakah kerajaan akan menyambungnya untuk dua minggu lagi?

"Kalau buat PKP tapi masih banyak sektor dibuka dan beroperasi seperti kilang industri, lebih baik tak perlu buat PKP. Buang masa,” kata rakan itu lagi.

Merak Jalanan tak tau nak jawab apa. Cuma terbayang kesedapan nescaffe tarik di Restoran Hakim.

Bila boleh mengopi ni?