Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA2018) berpeluang merasai pengalaman memandu bot sebenar menerusi simulasi bot di Pavilion Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Hall A, Maeps, di sini.
Timbalan Pengurus Besar NEKMAT, Azrin Shah Ismail berkata, simulasi bot yang disediakan memaparkan bot moden vessel besi digunakan nelayan untuk aktiviti tangkapan ikan di laut dalam. Menurutnya, selain simulasi mengendalikan bot, turut dipamerkan di pavilion itu adalah teknologi digunakan oleh nelayan laut dalam bagi aktiviti menangkap ikan seperti navigasi kesan bunyi (sonar), radio walkie-talkie serta echo sounder bagi mengesan makanan serta tempat tumpuan ikan di laut."Teknologi ditampilkan ini bertujuan mengajak anak muda turut terlibat dalam industri tangkapan ikan dan tidak hanya menangkap ikan menggunakan sampan," katanya.

Kanak-kanak turut mencuba simulasi bot NEKMAT yang disediakan.