Dua ditahan miliki ketum, ubat batuk

Iklan
Daun, air ketum dan ubat batuk yang dirampas bersama peralatan pemprosesan dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah malam tadi.

GERIK - Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Gerik menahan dua lelaki bersama daun dan air ketum serta 120 botol ubat batuk dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Kampung Padang Gerik, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah dijalankan pihaknya bermula jam 9 malam hingga 1 pagi, sejumlah 127 bungkusan air ketum, 27kg daun ketum dan 120 botol ubat batuk dirampas.

Iklan
Iklan

Selain itu, peralatan pemprosesan ketum seperti tong gas, dapur serta periuk memasak juga turut diambil dari rumah salah seorang suspek.

27 kilogram daun ketum disimpan dalam beg plastik hitam turut dirampas.

"Kedua-dua suspek dicekup merupakan orang tempatan dan berusia 22 hingga 23 tahun.

Iklan

"Operasi ini bertujuan membanteras kegiatan aktiviti tidak sihat di kawasan kampung di sekitar daerah Gerik,"katanya kepada media di sini hari ini.

Ismail berkata, operasi membabitkan kekuatan lebih 20 anggota IPD Gerik itu berjalan dalam keadaan baik dan terkawal serta berdasarkan maklumat dan aduan orang awam serta risikan yang dijalankan.

Iklan

Menurutnya, dua kes tangkapan itu akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

"Operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan tidak sihat di daerah Gerik dapat ditangani untuk kesejahteraan rakyat,"katanya.