Korea Selatan longgar peraturan penjarakan fizikal bermula 1 Julai

Iklan
Korea Selatan telah menvaksinasi 29.2 peratus penduduknya setakat Sabtu lalu. - Gambar fail Reuters

KOREA Selatan akan melonggarkan peraturan penjarakan fizikal bermula 1 Julai ini.

Malah orang ramai juga dibenarkan untuk berkumpul secara peribadi sehingga enam orang di wilayah Seoul.

Iklan
Iklan

Pengumuman pada Ahad itu dibuat ketika Korea Selatan selesai menvaksinasi 29.2 peratus penduduknya setakat Sabtu lalu.

Negara itu mensasarkan untuk mencapai 70 peratus vaksinasi pada September.

Iklan

Jangkitan harian baharu Covid-19 di negara itu telah berada dalam lingkungan 400 hingga 700 kes selama beberapa minggu terakhir.

Bagaimanapun selama lebih seminggu, ia berada di bawah 600 kes.

Iklan

Di bawah peratusan yang disemak semula, restoran, tempat hiburan dan kafe dibenarkan dibukan untuk perniagaan sehingga jam 12 tengah malam berbanding 10 malam sebelum ini.

Menteri Kesihatan Kwon Deok-cheol berkata, sistem penjarakan fizikal baharu adalah usaha untuk mencari keseimbangan antara kuarantin dan kehidupan harian di tengah-tengah wabak yang berpanjangan.

Sekiranya kes jangkitan tidak meningkat dengan ketara, kerajaan merancang membenarkan perhimpunan awam sehingga lapan orang di wilayah Seoul bermula 15 Julai.

Korea Selatan melaporkan 429 kes baharu pada Sabtu, dengan keseluruhan kes jangkitan kumulatif sebanyak 151,149.

Jumlah kematian pula adalah sebanyak 2,002 kes. - Awani