SHAH ALAM - Polis Selangor kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ibu seorang selebriti popular selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya baru sahaja menerima laporan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kes itu."Kita baru terima laporan daripada SKMM, jadi kita akan lengkapkan siasatan dan (akan) dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.