Permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 2 Julai

Iklan
Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

PUTRAJAYA - Permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Sijil, Asasi dan Diploma ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam sesi akademik 2021/2022, dilanjutkan sehingga 5 petang, 2 Julai 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan pada Isnin menyatakan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor kekangan masa yang dihadapi pemohon, termasuk terdapat pelajar yang belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020, oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pelajar mengemas kini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline,” kata KPT yang menyarankan pemohon melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

KPT sebelum ini mengumumkan pembukaan semula permohonan tersebut mulai 15 hingga 21 Jun. - Bernama

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: UPUOnline dibuka semula esok