'Shibuya Crossing Tokyo' kini di Bukit Bintang

Iklan
Scramble pedestrian di Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan 'scramble pedestrian' di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail /Jalan Bukit Bintang.

Konsep seperti 'Shibuya Crossing' yang terkenal di Tokyo itu mula berfungsi Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Unit Media DBKL berkata, sistem itu membolehkan pejalan kaki melintas ke semua arah pada satu masa.

Menurutnya, perubahan ini secara tidak langsung dapat mengoptimumkan masa melintas.

Iklan

"Usaha ini dilaksanakan setelah kajian terperinci dilakukan oleh DBKL di persimpangan dan kawasan tersebut.

"Perubahan ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut serta mengurangkan kadar risiko kemalangan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Shibuya Crossing antara tarikan yang terdapat di Tokyo disebabkan lokasinya yang berhampiran dengan stesen Shibuya menjadikan jalan itu sentiasa sibuk dan padat dengan orang ramai.

Lokasi tersebut juga pernah menjadi set penggambaran filem Hollywood terkenal seperti ‘The Fast and The Furious: Tokyo Drift’ dan ‘Lost in Translation’.