Dr Dzulkefly persoal kepentingan beli 500 ambulans tekanan negatif

Iklan
Tangkap layar Twitter Dr Dzulkefly

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan langkah pembelian 500 buah ambulans tekanan negatif yang menelan belanja RM300 juta dalam perlaksanaan darurat.

Beliau berkata, kepentingan pembelian ambulans tekanan negatif itu juga dipersoalkan sedangkan semua kakitangan dan petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) penuh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ini perkara yang menjadi keutamaan adalah memikirkan cara bagaimana menurunkan angka kematian akibat Covid-19, bukannya pembelian jentera berkenaan.

"Salam PM (Perdana Menteri). Penting sangat ke nak beli 500 buah ambulans tekanan negatif dalam darurat ni? Bukan sikit bajetnya, RM300 juta. Kakitangan semua dalam PPE penuh... Apa faedahnya?,” ciapnya di Twitter pada Isnin.

Iklan

Pada Sabtu, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan ambulans tekanan negatif bagi mengangkut pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

Iklan

Unit ambulans berkenaan dilengkapi sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutama jenis penyakit bawaan.