'Kerajaan perlu akui mereka gagal tangani penularan Covid-19'

Iklan
Mohd Razlan Rafii

SHAH ALAM - Kerajaan diminta sedar bahawa mereka gagal dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengetepikan ego dan mengakui kaedah yang digunakan kerajaan termasuk pelaksanaan darurat tidak berhasil, malah meruncingkan lagi keadaan yang dihadapi rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya nak bertanya kepada kerajaan, apakah angka mencecah 10,000 sehari dan angka kematian sehingga 4,000 adalah angka yang mereka anggap masih dalam berjaya?

"Bagaimana angka yang dibuang kerja? Bagaimana angka graduan yang tidak bekerja? Bagaimana dengan kadar bunuh diri? Bagaimana dengan angka gulung tikar? Bagaimana dengan angka miskin tegar?

Iklan

"Ini semua adalah masalah yang makin meruncing bagi rakyat jelata untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Razlan berkata, ramai pihak menyuarakan pendapat mengenai kegagalan kaedah yang digunakan kerajaan, namun Muhyiddin dilihat seakan-akan tidak mempedulikannya.

Iklan

"Sehingga hari ini, tidak nampak hasil untuk melandaikan angka Covid-19 walaupun sudah masuk tiga minggu ‘total lockdown’ telah diumumkan,” ujarnya.