KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) memperuntukkan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk membantu ahlinya yang terdiri daripada petugas media cetak dan elektronik susulan serangan pandemik Covid-19.
Presiden Kemudi, Shanon Hanif Abdullah Suhaimi berkata, peruntukan berjumlah RM150 hingga RM300 yang diagihkan setiap seorang itu adalah bagi meringankan beban ahli yang terkesan akibat pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
Iklan
Iklan
"Sumbangan ini juga bagi menghargai jasa semua ahli Kemudi yang sentiasa turun padang mencari bahan berita untuk disalurkan kepada pembaca," katanya kepada pemberita, pada Isnin.
Menurutnya, pada masa sama Kemudi mengingatkan seluruh petugas media supaya sentiasa menjaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Katanya, pematuhan SOP itu penting dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.