Warga Nigeria, isteri didakwa alih wang milik individu lain

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin atas pertuduhan mengalihkan wang berjumlah RM4,080 yang bukan miliknya dengan memasukkan wang ke dalam akaun seorang wanita, tiga bulan lepas.

Adetola David Gbolahan, 36, dan Sopiah Jamaludin, 48, warga tempatan didakwa bersama-sama mengalihkan wang itu yang dalam milikan seorang lelaki, menerusi tiga transaksi yang dimasukkan ke dalam akaun bank seorang wanita.

Iklan
Iklan

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Cawangan Ambank, Kompleks Ampang Point di sini, pada 1 petang, 31 Mac lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasangan suami isteri itu juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan alternatif, mengalihkan wang sama yang mereka tidak dapat memberi penjelasan munasabah sebab mereka mengeluarkan wang tersebut di tempat dan masa yang sama.

Iklan

Pertuduhan mengikut Sesyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dibaca bersama Seskyen 34 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suriantiazila Muhamad menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Rahmat Hazlan, yang mewakili pasangan itu memohon jaminan rendah atas alasan tiada risiko untuk anak guamnya melarikan diri selain mereka memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.

Iklan

Majistret, Farah Nasihah Annuar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000, masing-masing dengan satu dan dua orang penjamin serta menetapkan 28 Julai untuk sebutan semula kes. - Bernama