Angelina Jolie kunjungi kem pelarian di Burkina Faso

Iklan
Angelina Jolie ketika melawat kem pelarian di Burkina Faso sempena Hari Pelarian Sedunia. - Foto AFP

MOSCOW - Pelakon Hollywood dan Utusan Khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie melawat kem pelarian di Burkina Faso sempena Hari Pelarian Sedunia, lapor Sputnik memetik UNHCR.

"Saya terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka yang saya temui di Burkina Faso. Saya di sini untuk menunjukkan solidariti dengan penduduk di sini, yang sentiasa bersedia menerima kehadiran saudara mereka yang terpaksa menjadi pelarian disebabkan keganasan atau serangan di tempat asal mereka,” kata Jolie.

Iklan
Iklan

Utusan itu melawat kem Goudoubo di Timur Laut negara itu.

Aktres itu turut berkata 82 juta orang di seluruh dunia kini terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan sepanjang 20 tahun bersama UNHCR keadaan itu semakin membimbangkan.

Iklan

"Hakikatnya, kita belum pun melakukan separuh daripada apa yang sepatutnya dan harus mencari jalan keluar agar mereka boleh pulang ke tempat asal mereka,” tambah utusan khas itu.

Jolie berkata, masyarakat antarabangsa menangani masalah ini"tidak menentu” dan"tidak adil"

Iklan

Burkina Faso dibanjiri dengan pelarian dari wilayah Sahel di barat dan tengah Afrika.

Sejak 2019, lebih 1.2 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Pembiayaan UNHCR di Burkina Faso adalah antara yang paling sedikit. - Bernama