SHAH ALAM - Pembentukan Jawatankuasa bagi meneliti aspek penting sidang Parlimen membuktikan kerajaan komited melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar perkara itu dilaksanakan secepat mungkin.
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Pas yakin kerajaan akan memperhalusi semua aspek dengan teliti bagi memastikan pembukaan Parlimen dapat berjalan dengan berkesan.
Menurutnya, kerajaan mendukung prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi teras kedaulatan negara.
"Keupayaan dan kebersediaan dari segenap aspek perlu diusahakan sebaik mungkin agar selari dengan peruntukan peraturan-peraturan majlis mesyuarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.