BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo kini menjadi antara pemain terlaris dalam mempromosikan produk dan kempen apabila tonggak Juventus itu dibayar 147 juta pound (RM845 juta) sebagai duta Nike.
Pemain berusia 36 tahun tersebut telah bersama Nike sejak menyertai Manchester United sebelum ini, sering menjadi model untuk mempromosi kempen dan produk syarikat berkenaan.