Jaringan Baumgartner bantu kemaraan Austria

Iklan
Pemain Austria meraikan jaringan Baumgartner.

AUSTRIA mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir selepas menewaskan Ukraine 1-0 dalam aksi kumpulan C Euro 2020 di Arena National, Bucharest pada awal pagi Selasa.

Jaringan tunggal daripada pemain sayap, Christoph Baumgartner pada minit ke-21 sudah cukup untuk memastikan kemaraan pasukan kendalian Franco Foda itu.

Iklan
Iklan

Sementara Ukraine pula terpaksa menunggu sehingga kesemua perlawanan tamat dan mengharapkan muncul sebagai empat pasukan terbaik di kedudukan ketiga untuk meraih slot ke pusingan 16 terakhir.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Belanda yang telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Macedonia Utara 3-0 di Arena Amsterdam.

Iklan

Penyerang baharu Barcelona, Memphis Depay meledak gol pembukaan pada minit ke-24 sebelum Georginio Wijnaldum melengkapkan kemenangan The Oranje menerusi dua gol pada minit ke-51 dan ke-58.

Kemenangan itu menyaksikan Belanda mengakhiri saingan kumpulan C dengan rekod tanpa kalah sembilan mata hasil kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Iklan