Gesa RUU Gangguan Seksual dibentang pada sidang Parlimen akan datang

Iklan
Fatin Nur Majdina

SHAH ALAM - Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi keutamaan pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dalam sidang Parlimen akan datang.

Naib Presidennya, Fatin Nur Majdina Nordin berkata, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang praktikal dalam menangani isu gangguan seksual.

Iklan
Iklan

"Perlindungan kepada masyarakat terbanyak harus diutamakan berbanding melindungi individu berkuasa besar dengan moral yang rendah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan dakwaan pelajar mengenai seorang tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi di Selangor yang melakukan gangguan seksual terhadap beberapa penuntut di sana.

Iklan

Menurut Fatin, kisah sedemikian menunjukkan sebahagian masyarakat masih memperkecilkan isu maruah, adab dan nilai dalam pergaulan seharian, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di institusi ilmu.

"Pihak sekolah, universiti dan kolej harus menyediakan serta memperkasa Polisi Anti-Gangguan Seksual dan Kod Amalan Anti-Gangguan Seksual sekali gus mewujudkan persekitaran selamat untuk pelajar sekolah dan mahasiswa di universiti.

Iklan

"Sebarang bentuk gangguan seksual tidak seharusnya dinormalisasikan dalam masyarakat.

"Setiap ahli masyarakat perlu diterapkan dengan nilai hormat menghormati dan kepentingan menjaga maruah sesama manusia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan seksual: UiTM tak kompromi, buat laporan polis