SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak yang pernah mentadbir negara sepatutnya memahami proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen.
Menurutnya, mereka sepatutnya lebih tenang dalam memberikan pandangan mengenai perkara tersebut.
"Ugutan yang tidak kena pada tempat akan memakan diri dan menampakkan agenda sebenar di sebalik kegelojohan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.
UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan raja-raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan dikeluarkan parti itu pada Isnin.
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu.
ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO beri kerajaan tempoh 14 hari buka Parlimen'