PASIR MAS - Polis menemui 21 guni mengandungi barangan aksesori lori yang ditinggalkan oleh penyeludup di tebing Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Adam, Rantau Panjang di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa melakukan rondaan dan pemantauan Covid-19 kira-kira jam 1 petang, pihaknya telah menemui satu longgokan guni putih di lokasi tersebut.