Isu azan Subuh: PAID akan beri nasihat kepada penduduk bukan Islam

Iklan
Ahmad Shahir pada sidang media selepas penyampaian pek makanan kepada petugas barisan hadapan di PPV Dewan Berlian, Hospital UiTM Puncak Alam di sini pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor akan memberi nasihat kepada pihak berkaitan berhubung isu laungan azan Subuh yang didakwa mengganggu penduduk bukan Islam di sebuah perumahan di Puncak Alam.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, PAID yang mengawal selia institusi agama di masjid dan surau diberi tanggungjawab untuk berjumpa serta memberi penerangan kepada pihak perumahan terbabit.

Iklan
Iklan

"Dalam konteks ini, pihak kami akan menggunakan pendekatan diplomasi untuk memberi penjelasan sepatutnya.

"PAID bertanggungjawab untuk berjumpa dan memberi penerangan kepada pihak berkaitan bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Berlian, Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini pada Selasa.

Iklan

Ahmad Shahir menegaskan, pihak berkaitan yang terbabit dengan isu tersebut diminta menghayati semula titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kebenaran melaungkan azan dan surau di negeri ini.

"Kita kena ingatkan semula titah Sultan Sharafuddin, mungkin ada yang tidak perasan atau pun terlupa.

Iklan

"Sebenarnya tiada masalah tentang perkara ini kerana azan boleh dilaungkan di Selangor," katanya.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan, Mohd Shaid membuat laporan polis berhubung laungan azan Subuh yang didakwa mengganggu tidur penduduk bukan Islam di sebuah perumahan di Puncak Alam di sini.

Mohd Shaid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengerusi surau perumahan berkenaan pada Sabtu berhubung tindakan seorang ahli jawatankuasa perumahan itu memasuki surau tanpa kebenaran dengan berseluar pendek.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan azan Subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis