KUALA LUMPUR - Sembilan lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket edar minuman keras dan rokok seludup di Klang pada Isnin.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kesemua individu berusia dari 22 hingga 49 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban.