Bekas pesakit Covid-19 terharu pengorbanan petugas kesihatan

Iklan
Pengalaman tujuh hari menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19 memberi keinsafan kepada seorang penjawat awam agar dijauhi daripada wabak itu. - Gambar hiasan

MELAKA - Pengalaman tujuh hari menerima rawatan di Hospital Melaka selepas disahkan positif Covid-19 memberi keinsafan kepada seorang penjawat awam agar dijauhi daripada wabak itu.

Bagi Haniza Harun, 37, kesan virus Covid-19 sehingga kini masih terasa apabila mengalami sakit kepala, badan lesu dan cepat penat jika melakukan kerja-kerja rumah.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja melihat pengorbanan doktor dan jururawat yang sentiasa berpeluh akibat terlalu lama memakai peralatan perlindungan diri (PPE) namun masih mampu melayan kerenah pesakit termasuk menukar lampin dan menyuap makanan, amat menyentuh hatinya sepanjang berada di hospital.

"Timbul rasa sebak dalam diri ketika saya melihat pengorbanan yang dilakukan petugas kesihatan ketika berada dalam wad.

Iklan

"Petugas kesihatan tidak kenal erti jemu dan penat dalam membantu pesakit untuk menyelamatkan nyawa mereka,” katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Menceritakan pengalamannya dijangkiti wabak itu, Haniza berkata, dia dimasukkan ke Hospital Melaka pada 22 Mei setelah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan di Klinik Desa Melekek, Alor Gajah.

Iklan

Bagaimanapun, dia bersyukur suami dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun didapati negatif daripada virus berkenaan.

"Saya dimasukkan ke Hospital Melaka selepas dikategorikan sebagai pesakit berisiko tinggi kerana mempunyai asma yang dikhuatiri akan menyebabkan tahap kesihatan saya bertambah teruk selepas dijangkiti Covid-19.

"Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tidak berdepan dengan masalah pernafasan disebabkan virus tersebut sebelum dihantar ke wad pemerhatian biasa,” katanya.

Haniza berkata, dia mengalami simptom cirit-birit berpanjangan lebih seminggu hingga berat badannya turun lima kilogram selain sakit kepala dan batuk-batuk.

Wanita itu turut menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting untuk kekal di rumah dan sentiasa menitikberatkan kebersihan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti virus yang telah meragut banyak nyawa. - Bernama