Glomac dinobat pemaju terbaik iDEA 2021

Iklan
Lakaran artis projek Glomac Plaza@Kelana Jaya yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2022.

GLOMAC Berhad (Glomac) dinobatkan sebagai pemenang Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat pada majlis Anugerah Pemaju Hartanah Cemerlang iProperty (iDEA) 2021.

Glomac dalam satu kenyataannya berkata, pada masa sama, Glomac juga diberi penghargaan menerusi Anugerah Pembangunan Bercampur Terbaik bagi projek Plaza@Kelana Jaya.

Iklan
Iklan

"Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Pemasaran Korporat Glomac, FD Idzham FD Iskandar menerima anugerah Pemaju Terbaik–Anugerah Pilihan Rakyat. Anugerah ini mengiktiraf pemaju hartanah tempatan dan antarabangsa yang terbaik berdasarkan jumlah undian tertinggi diperoleh daripada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

FD Idzham menerima anugerah Pemaju Terbaik–Anugerah Pilihan Rakyat.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Zulkifly Garib telah mewakili Glomac untuk menerima Anugerah Pembangunan Campuran Terbaik iaitu projek Plaza@Kelana Jaya.

Iklan

Zulkifly berkata, Glomac berterima kasih kepada iProperty atas pengiktirafan tersebut.

Zulkifly menerima anugerah Pembangunan Campuran Terbaik iDEA 2021 untuk Plaza@Kelana Jaya.

Menurut Zulkifly, lokasi adalah antara faktor utama Plaza@Kelana Jaya memenangi anugerah itu kerana ia berhadapan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dengan akses mudah ke jalan raya lain.

Iklan

"Ciri-ciri terbaharu Plaza@Kelana Jaya juga merangkumi kemudahan bekerja atau belajar dari rumah,” kata Zulkifly.

Zulkifly berkata, Plaza@Kelana Jaya mempunyai 696 unit SoHo dan 16 kedai tiga tingkat dan telah berjaya terjual sebanyak 83 peratus sehingga kini.

iDEA 2021 dianjurkan secara atas talian menerusi platform media sosial Facebook diadakan sebagai usaha untuk mengiktiraf pembangunan hartanah dan pemaju-pemaju ternama di negara ini.