Pasaran getah ditutup rendah dua hari berturut

Iklan
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata, kemerosotan dalam pasaran tempatan disebabkan penurunan dalam niaga hadapan getah Shanghai.

Iklan
Iklan

"Penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan dalam pasaran ekuiti global dan prospek ekonomi yang lebih cerah,” katanya.

Dilaporkan bahawa firma kaji selidik data, IHS Markit Ltd mengunjurkan ekonomi global akan mencatatkan peningkatan terbesar dalam tempoh hampir 50 tahun, dengan pertumbuhan sebanyak enam peratus pada tahun ini.

Iklan

IHS Markit turut melaporkan bahawa, ekonomi global telah melepasi tahap tertinggi sebelum pandemik, berikutan kejayaan program vaksinasi dan berakhirnya sekatan berkaitan pandemik.

Harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 merosot 1.5 sen kepada 653.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut dua sen kepada 540 sen sekilogram.

Iklan

Pada jam 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 sebanyak 654.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal 540 sen sekilogram. - Bernama