PENYERANG Uruguay, Luis Suárez mengakui masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan La Celeste selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Chile dalam aksi kumpulan Copa America 2021 pada Selasa.
Menurut Suarez yang juga pemain kelab liga Sepanyol, Atletico Madrid, pemain-pemain Uruguay telah mempamerkan karakter melawan tinggi selepas ketinggalan pada babak pertama.
Iklan
Iklan
"Sejujurnya, kami gembira dengan keputusan ini yang boleh disifatkan petanda positif selepas perlawanan menentang Argentina tempoh hari.
"Semangat kerjasama dalam kalangan pemain-pemain Uruguay juga tinggi untuk bergerak sebagai satu unit mencari gol penyamaan.
"Namun pada masa sama terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Uruguay kendalian Óscar Tabárez
membuka kempen Copa America langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Argentina kini berada di kedudukan keempat dengan satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.