KUCHING - Kesemua pekerja industri di Sarawak adalah diberikan vaksin Covid-19 secara percuma daripada kerajaan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata, terdapat iklan yang dibuat beberapa syarikat menyatakan mana-mana pekerja mereka yang mahu menjalani vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuat di premis mereka perlu untuk membayar sejumlah bayaran.