Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman

Iklan
Azhar berkongsi wang kertas miliknya yang tertera tandatangan Sudirman.

SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkongsi gambar sehelai wang kertas RM1 lama di laman sosialnya yang disifatkan sebagai kenangan terindah bersama penyanyi lagenda negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Apa yang istimewa adalah wang kertas itu mempunyai tandatangan Sudirman.

Iklan
Iklan

Menceritakan momen bagaimana beliau memperoleh tandatangan itu, Azhar berkata, ia diperoleh ketika penyanyi itu menjayakan sebuah konsert pada 8 Mac 1980.

"Sudirman adalah idola saya. Saya ikut ke mana sahaja konsertnya. Dia tandatangan untuk saya di sebuah konsert pada 8 Mac 1980,” katanya melalui ciapan di Twitternya, semalam.

Iklan

Azhar berkata, Sudirman ketika itu turut menghadiahkannya senyuman selepas memaklumkan bahawa beliau ingin menyambung pelajaran dalam bidang perundangan, sama seperti penyanyi itu.

"Saya sedang menunggu keputusan Malaysian Certificate of Education (MCE). Sudirman tanya, ‘Adik nak belajar apa di universiti?’ Saya jawab, ‘Saya nak buat law (undang-undang)’. Dia terus senyum. Rindu saya pada Sudirman. AL-FATIHAH,” katanya.

Iklan

Tanggal 22 Februari 1992, negara kehilangan sebutir permata dalam pentas hiburan tanah air selepas pemergian Sudirman ketika berusia 32 tahun.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976.

Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran Penghibur Nombor 1 Asia sebelum ini.

Tahun ini merupakan 27 tahun pemergian anak seni berbakat besar itu.