KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 179,093,146 kes Covid-19 dan 3,880,341 kematian.
Sejumlah 2,681,205,413 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.
Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 500,000 pada Sabtu. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.
Di Malaysia, setakat 22 Jun sejumlah 6,301,727 dos sudah diberikan dengan 250,529 dos pada hari yang sama. Daripada jumlah itu seramai 4,574,685 menerima dos pertama manakala 1,727,042 dos kedua mereka. Hampir lebih lima peratus penduduk kini sudah lengkap divaksin.
Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 20 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.
AMERIKA SYARIKAT
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 33,564,660
Kes baharu (setakat 22 Jun): 12,388
Kematian (Kumulatif): 602,455
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 45.83 %
INDIA
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 29,977,861
Kes baharu (setakat 22 Jun): 42,640
Kematian (Kumulatif): 389,302
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 3.70%
BRAZIL
Jumkah kes disahkan (Kumulatif):18,054,653
Kes baharu (setakat 22 Jun): 38,903
Kematian (Kumulatif): 504,717
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 11.52%
PERANCIS
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 5,821,788
Kes baharu (setakat 22 Jun): 496
Kematian (Kumulatif): 110,991
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 25.10%
TURKI
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 5,381,736
Kes baharu (setakat 22 Jun): 5,294
Kematian (Kumulatif): 49,293
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 17.47%
UK
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 4,668,019
Kes baharu (setakat 22 Jun): 10,468
Kematian (Kumulatif): 128,272
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 47.12%
INDONESIA
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 2,018,113
Kes baharu (setakat 22 Jun): 13,668
Kematian (Kumulatif): 55,291
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 4.58%
FILIPINA
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 1,367,894
Kes baharu (setakat 22 Jun): 5,224
Kematian (Kumulatif): 23,809
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 1,99%
MALAYSIA
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 705,762
Kes baharu (setakat 22 Jun): 4,743
Kematian (Kumulatif): 4,554
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 5.22%
THAILAND
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 225,365
Kes baharu (setakat 22 Jun): 3,175
Kematian (Kumulatif): 1,693
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 3.02%
SINGAPURA
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 62,448
Kes baharu (setakat 22 Jun): 16
Kematian (Kumulatif): 35
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 34.91%
VIETNAM
Jumkah kes disahkan (Kumulatif): 13,630
Kes baharu (setakat 22 Jun): 272
Kematian (Kumulatif): 69
Peratus penduduk lengkap dos vaksin (Setakat 22 Jun): 0.13%
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. - Bernama