Vaksinasi Pandu Lalu

Iklan

Penerima vaksin COVID-19 mendapatkan suntikan secara pandu lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Payong, Marang, hari ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menyasarkan 60 peratus rakyat di negara ini mendapat vaksin menjelang akhir September ini.

Ia jangkaan lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan menjelang November atau Disember seperti dinyatakan dalam Pelan Pemulihan Negara. Khairy berkata peratusan itu berdasarkan keyakinan bahawa Malaysia akan menerima 32 juta dos vaksin antara Julai dan September ini. - Foto Bernama

Iklan
Iklan