Beri penjelasan tentang vaksin dalam bahasa Dusun

Iklan
Maximus beri penerangan dalam bahasa Dusun kepada salah seorang penduduk yang menerima vaksin Covid-19 di Kampung Sungai Magandai, Kota Marudu.

KOTA MARUDU - Prihatin dengan situasi penduduk di kawasan pedalaman yang kurang mendapat maklumat mengenai vaksin Covid-19, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turun padang memberi penjelasan mengenai program vaksinasi yang diadakan di daerah ini.

Malah, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) turut memberi penerangan dalam bahasa Dusun supaya penduduk lebih mudah memahami mengenai vaksin dan seterusnya tidak takut untuk menerima suntikan vaksin.

Iklan
Iklan

Difahamkan, beliau terpaksa menempuh perjalanan berbukit selama lebih tiga jam dengan menaiki pacuan empat roda untuk sampai ke Kampung Sungai Magandai yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari pekan Kota Marudu.

Dalam program yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa itu turut disertai sekumpulan doktor, jururawat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan penduduk di lima mukim di kawasan itu tidak tercicir menerima vaksin.

Iklan

Menurut Maximus, program vaksinasi mula diperluaskan ke kawasan pedalaman dan seramai 300 orang di sekitar kawasan itu telah dikenal pasti untuk menerima vaksin dalam fasa pertama program ini.

MySejahtera di daerah ini dan daripada angka itu, seramai 6,018 telah menerima dos pertama vaksin manakala 1,949 orang lagi telah lengkap menerima dua dos.

Iklan