Minyak Masak: PM bakal umum berita gembira

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan berita gembira mengenai harga minyak masak yang menjadi keluhan rakyat sejak akhir-akhir ini.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan berita gembira mengenai harga minyak masak yang menjadi keluhan rakyat sejak akhir-akhir ini.

Kementerian Perladangan Perusahaan dan Komoditi (KPPK) menerusi perkongsian di Facebook berkata, pengumuman berita gembira itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Petang ini berlangsungnya mesyuarat Menteri KPPK, Datuk dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai agenda berkaitan syor-syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak tidak bersubsidi di pasaran.

"Perdana Menteri akan umum berita gembira dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan lima program khas KPPK bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara.

Sebelum ini, rata-rata rakyat mengeluh apabila harga minyak masak tidak bersubsidi di dalam botol meningkat dan mencecah sehingga RM34.

Iklan

Harganya ditentukan oleh harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia.