Sarawak dijangka terima vaksin CanSino pertengahan Julai

Iklan
Gambar hiasan

KUCHING - Sarawak dijangka menerima bekalan vaksin CanSino Covid-19 menjelang pertengahan Julai depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebelum ini, Sarawak telah memohon kepada kerajaan Persekutuan sebanyak 650,000 dos vaksin yang hanya memerlukan satu suntikan.

Iklan
Iklan

"Vaksin CanSino sangat sesuai untuk penduduk Sarawak yang tinggal jauh di kawasan pedalaman seperti orang-orang Penan.

"Pasukan perubatan kita hanya perlu mengunjungi penduduk sekali sahaja untuk memberikan suntikan vaksin, sekali gus dapat menjimatkan kos logistik, pengangkutan dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Pada 15 Jun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk dua produk vaksin yang hanya memerlukan satu dos pelalian untuk digunakan dalam situasi semasa.

Dr Noor Hisham berkata, dua vaksin tersebut, 'Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) yang dihasilkan oleh CanSino Biologics Inc, China, dengan pemegang pendaftaran produk, Solution Biologics Sdn Bhd dan 'Janssen Covid-19 Vaccine' yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson mendapat kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Bernama

Iklan