Lori bawa LPG terbakar, pemandu melecur

Iklan
Lori lima tan yang musnah dalam kebakaran.

BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori melecur selepas muatan tangki gas petroleum cecair (LPG) yang dibawa terbakar dalam kejadian di Kawasan Perusahaan Perai, di sini pada petang Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran kira-kira jam 2.30 petang sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika pasukan bomba tiba, kebakaran berlaku melibatkan sebuah lori lima tan dan kebakaran berlaku di kawasan terbuka di mana tempat mengisi gas (LPG) ke dalam tong dan lori.

"Kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki di atas lori sedang dilakukan.

Iklan

"Kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar lori tersebut dan pemandu lori mengalami kecederaan iaitu melecur tahap dua," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki di atas lori sedang dilakukan.

Jurucakap berkenaan berkata, mangsa telah diberi rawatan oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang berada di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Iklan

Katanya, dengan bantuan beberapa pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Sungai Bakap dan Bayan Baru kebakaran telah dapat dikawal pada jam 2.50 petang.

"Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.42 petang dan kerja-kerja membaik pulih dijalankan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.07 petang dan pasukan forensik kebakaran masih lagi menyiasat punca kejadian," katanya.