Hampir 19,000 OKU terima dos pertama vaksin Covid-19

Iklan
Hampir 280,000 individu OKU telah berdaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

KUALA LUMPUR - Hampir 19,000 individu orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, hampir 280,000 individu OKU pula telah berdaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Ini menunjukkan peningkatan dan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita akan terus mengutamakan warga OKU untuk mendapatkan vaksinasi agar negara mencapai imuniti kelompok 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin bergerak untuk OKU di Rumah Amal Cheshire Selangor di sini pada Khamis.

Iklan

Rina turut menjelaskan pemvaksinan ke atas OKU yang dijalankan di seluruh negara bukan hanya melibatkan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi turut melibatkan rumah jagaan swasta dan yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan.

Mengenai program vaksinasi di Rumah Amal Cheshire, Rina berkata, seramai 25 OKU dan 44 kakitangan di pusat jagaan itu telah mendapat suntikan dos pertama pada Khamis. - Bernama

Iklan