MANILA - Bekas Presiden Filipina, Beningno Aqiono meninggal dunia pada Khamis ketika berumur 61 tahun selepas beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Capitol, Manila pada awal pagi.
Beliau memegang jawatan itu dari tahun 2010 hingga 2016 dan satu-satunya anak lelaki kepada bekas Presiden wanita pertama negara itu, Corazon Aquino dengan suaminya, Senator Benigno 'Ninoy Aqiono.'
Iklan
Iklan
Punca kematian bekas Presiden itu yang masih belum berumah tangga masih belum diketahui.
Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin mezahirkan perasaan sedihnya menerusi Twitter.
Ibunya meninggal dunia pada Ogos 2009 dan memerintah negara itu dari tahun 1986 hingga 1992.
Bapanya yang menentang pemerintahan diktator Ferdinand Marcos pula pula mati ditembak ketika pulang dari buangan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1983. - Agensi