Pemuda British dijel kongsi gambar serangan masjid

Iklan
Michael Nugent - Foto Polis Metropolitan

LONDON - Seorang lelaki British, Michael Nugent dihukum penjara tiga tahun dan enam bulan di sebuah mahkamah di Britain pada Rabu kerana kesalahan keganasan setelah dia berkongsi gambar bahan-bahan ekstremis dan serangan di sebuah masjid di New Zealand.

Nugent, 38, ditangkap pada 19 Ogos 2020 dan didakwa dengan 12 kesalahan di bawah Akta Keganasan tetapi kemudian ditambah dengan enam lagi dakwaaan keganasan.

Iklan
Iklan

Dia turut berkongsi gambar serangan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac tahun lalu.

Masjid itu diserang oleh seorang warga Australia, Brenton Tarrant pada tahun 2019 dan dia turut menyerang sebuah lagi masjid di New Zealand.

Iklan

Dalam serangan di dua buah masjid itu, seramai 51 orang terkorban sekali gus menyebabkan Tarrant dihukum penjara seumur hidup tanpa diberikan parol pada tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang Christchurch dihukum penjara seumur hidup

Iklan

Menurut AFP, Nugent dari Surrey, selatan England mengendalikan sejumlah laman perbualan menerusi aplikasi Telegram dengan menggunakan identiti berlainan bagi menyuarakan kebenciannya terhadap etnik minoriti serta berkongsi dokumen berkaitan keganasan, kata polis.

Seorang hakim di Mahkamah Mahkota Kingston, barat daya London menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya. - Agensi