LZNK nafi terlibat isu politik

Iklan
LZNK akan meneliti kandungan yang dimuat naik dan akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan perundangan yang ada.

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menafikan bahawa institusi itu atau Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman terlibat dengan sebarang isu politik seperti gambar yang tular di media sosial pada Khamis.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan LZNK, mereka menegaskan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan imej LZNK dengan isu politik negara.

Iklan
Iklan

Katanya, umum mengetahui LZNK merupakan satu-satunya institusi zakat di Malaysia yang bernaung di bawah istana dan bukan di bawah pentadbiran politik kerajaan negeri atau negara.

"Tindakan menggunakan gambar Syeikh Zakaria tersebut dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang boleh menjatuhkan imej dan reputasi LZNK sebagai institusi zakat yang bernaung terus di bawah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Iklan

"Pihak LZNK akan meneliti kandungan tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada perundangan yang ada bagi tujuan membersihkan nama baik LZNK," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, gambar yang tular itu turut memaparkan dua lagi individu dengan tajuk Amanat Hadi: JAKIM cuba ubah sejarah?

Iklan