Promosi beli satu, percuma satu

Iklan
Orang ramai berpeluang menyertai promosi beli satu percuma satu menerusi kempen ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ sehingga 15 Julai ini.

KUALA LUMPUR - Individu yang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 berpeluang menyertai promosi Chatime beli satu percuma satu menerusi kempen ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ sehingga 15 Julai ini.

Apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan pendaftaran vaksinasi MySejahtera kepada kakitangan cawangan Chatime di seluruh negara dan automatik layak untuk menebus minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, pihaknya ingin membantu meningkatkan kesedaran dan menyokong agenda vaksin nasional dengan memberi peluang kepada sesiapa sudah mendaftar vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Katanya, inisiatif ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ ini diharap dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan vaksinasi Covid-19 melalui promosi Chatime ini.

Iklan
Chatime turut mengagihkan minuman kepada barisan hadapan yang bertugas di hospital.

"Oleh itu, kepada sesiapa yang sudah mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera akan mendapat minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebagai menghargai usaha dan pengorbanan petugas barisan hadapan, Chatime juga telah mengagihkan 700 minuman untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang baru-baru ini.

Iklan

Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Widayu Latiff berkata, pihaknya memahami bahawa syarikat memainkan peranan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

"Oleh itu,‘Chatime Communi-Tea’ telah diwujudkan sebagai salah satu fokus CSR yang diselaraskan di seluruh negara," katanya.

"Inisiatif terbaru ‘Lindungi Diri Dapatkan Chatime’ ini merangkumi objektif ‘Communi-Tea’ ini. Kami gembira kerana sekurang-kurangnya mampu membuat para barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang tersenyum," katanya.

Chatime membantu meningkatkan kesedarqan rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan vaksinasi Covid-19.

Beliau berkata, komitmen yang tinggi oleh para petugas barisan hadapan tanpa mengharapkan apa-apa balasan wajar dihargai oleh semua pihak.

"Oleh itu, marilah kita memberi penghargaan dengan mengurangkan kes Covid-19 melalui penyertaan program vaksinasi. Lindungilah diri dan masyarakat,” katanya.