PUTRAJAYA - Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya pada Khamis berkata, kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).