Pekerja sektor pengangkutan mula diberi vaksin Julai ini: KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Sektor pengangkutan termasuk kurier dan pemandu e-hailing akan diberi vaksin mulai Julai ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ahad lalu, Khairy berkata, kerajaan sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan