Rumah raja dadah terkenal dirobohkan

Iklan
Apartmen enam tingkat itu tidak pernah didiami sejak ia terbakar akibat letupan kereta pada 1988.

MEDELLIN - COLOMBIA - Sebuah apartmen enam tingkat di Medellin milik raja dadah terkenal, Pablo Escobar dirobohkan, semalam dalam sebuah majlis penuh emosi yang dilihat sebagai simbol 'kelahiran semula' bandar itu.

Jurutera yang ditugaskan untuk melakukan perobohan itu, Rogelio Gomez berkata, sebanyak 180 alat letupan digunakan selain zon lingkungan keselamatan 100 meter ditetapkan sekitar kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"1,500 penduduk yang tinggal berhampiran telah dipindahkan atas sebab keselamatan. Langkah perobohan dilakukan pada jam 11.53 pagi (waktu tempatan) dan turut menghasilkan debu tebal setinggi 10 meter di permukaan udara," katanya.

Presiden Colombia, Ivan Duque yang masih remaja ketika Escobar dibunuh pada 1993 turut bersama menyaksikan bangunan itu dirobohkan.

Iklan

Datuk Bandar Federico Gutierrez menggesa langkah perobohan bangunan itu untuk mendirikan taman bagi memperingati ribuan mangsa termasuk empat calon presiden dan kira-kira 500 anggota polis yang dibunuh pembunuh upahan Escobar ketika zaman kegemilangannya pada 1980-an dan 1990-an.

Bangunan konkrit di kawasan kejiranan Poblado di Medellin itu terbakar akibat letupan kereta pada 1988 dan tidak pernah didiami sejak itu.

Iklan

Ia bagaimanapun menjadi tarikan pelancong asing malah dipromosikan siri Narcos yang disiarkan perkhidmatan digital, Netflix. - AP