KOTA BELUD - Tidak serik dan degil. Itu yang dapat digambarkan bagi pemilik tiga premis di dua kampung di daerah ini yang dipercayai masih menjalankan kegiatan perjudian dalam talian walaupun sudah beberapa kali diserbu sebelum ini.
Tiga premis yang terletak di Kampung Sembirai dan Kampung Taun Gusi itu diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada Khamis.