Sorok keputusan ujian Covid-19, Rizieq Shihab dipenjara 4 tahun

Iklan
Penyokong Rizieq Shihab (gambar kecil) cuba melepasi sekatan pasukan polis antirusuhan ketika mereka berkumpul untuk menyertai protes bagi membantah hukuman ke atas ulama kontroversi itu. - Foto AFP

JAKARTA - Gara-gara menyembunyikan keputusan ujian Covid-19, seorang ulama berpengaruh di Indonesia berdepan padah selepas dia dijatuhi hukuman tambahan penjara empat tahun pada Khamis.

Panel terdiri daripada hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Timur yang dikawal ketat pihak berkuasa membuat keputusan itu selepas Rizieq Shihab yang ditahan sejak 13 Disember lalu didapati berbohong tentang maklumat itu hingga menyebabkan usaha mengesan kontak rapat beliau menjadi bertambah sukar.

Iklan
Iklan

Rizieq didakwa membuat kenyataan palsu tentang kesihatannya yang turut disiarkan beberapa rangkaian berita dan menjadi tular di media sosial sekali gus mencetuskan risiko kepada komuniti setelah beliau dengan selamba menghadiri beberapa majlis disertai ribuan individu.

Pada 27 Mac lalu, panel hakim sama menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana melanggar protokol kesihatan dengan mengadakan majlis keagamaan dan perkahwinan anak perempuannya yang dihadiri penyokongnya.

Iklan

Beliau yang berdepan siri perbicaraan sejak kembali dari hidup dalam buangan di Arab Saudi pada November lalu juga dikenakan denda 20 juta rupiah (RM5,762) kerana mengadakan perhimpunan di Jawa Barat.

Selepas acara tersebut, Rizieq dirawat di Hospital Ummi di Bogor kerana Covid-19, namun pihak hospital didakwa merahsiakan keadaan sebenar ulama kontroversi itu. - Agensi

Iklan