JAWI, KK Super Mart bantu golongan terkesan PKP

Iklan
KK Chai (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan untuk diletakkan di Gerobok Muhibbah membabitkan tiga buah masjid di Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meneruskan kerjasama bersama KK Super Mart dalam usaha membantu golongan yang terkesan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi program JAWI Food Bank.

Menurut Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail, barangan sumbangan tersebut akan ditempatkan di Gerobok Muhibah yang merupakan pusat agihan barangan keperluan asas untuk golongan sasaran yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua barang keperluan tersebut disumbangkan oleh Pengasas dan Pengerusi Kumpulan KK, Datuk Seri Dr KK Chai dalam satu upacara ringkas di pejabat JAWI pada Selasa.

"Pengasas dan Pengerusi Kumpulan KK menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan seperti minyak masak, gula, tepung, beras, berus gigi, lampin pakai buang bayi dan dewasa serta pelitup muka bernilai RM21,733.25.

Iklan

"Kerjasama tersebut merupakan kesinambungan usaha yang telah digerakkan lebih setahun lalu khususnya melalui Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

"Sumbangan tersebut akan ditempatkan di Gerobok Muhibbah membabitkan tiga buah masjid di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan